Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisic ing elit, sed do eiusm
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisic ing elit, sed do eiusm

5 Perniagaan Internet Paling Lumayan!

Setiap hari semakin ramai orang yang cuba untuk mempelajari
teknik perniagaan internet dan seterusnya buat duit dengan
cepat. Ramai yang mula sedar bekerja makan gaji selama 40 jam
seminggu untuk 40 tahun yang akan datang sungguh meletihkan!

Oleh itu dibawah ini saya berikan sedikit idea tentang 5
perniagaan internet yang paling lumayan dan akan terus
berkembang. Jika anda masih lagi tercari-cari apakah perniagaan
internet yang terbaik buat masa ini, saya bongkarkan dibawah 5
perniagaan internet yang paling menguntungkan!




Perniagaan Internet #5 - Google Adsense

Google menjana pendapatan jutaan dollar melalui perniagaan
iklan yang dipanggil adwords. Iklan-iklan adwords ini boleh
anda dapati di sebelah atas dan kanan setiap kali anda membuat
carian di google.

Google juga menawarkan kepada kita untuk berkongsi pendapatan
iklan ini dimana anda boleh menyiarkan iklan-iklan adwords ini
diweb anda dan program ini dipanggil google adsense. Katakan
dalam sehari 100 orang telah klik iklan adsense anda dan
setiap klik anda dibayar 20 sen, bermakna sehari anda telah
mendapat 100x0.20 = RM20. Dalam masa sebulan anda boleh menjana
antara RM500-RM1000 dengan adsense ini. Jangan terperanjat
jika ada yang mencecah sehingga RM100 perklik!

2 cara untuk memaparkan iklan adsense ini ialah melalui blog
atau forum. Anda boleh membuat blog-blog yang menghiburkan,
kelakar atau informatif. Ini akan  membuatkan pelawat untuk datang
selalu ke blog atau forum anda dan menghabiskan masa disana
dan siapa tahu ramai yang akan klik iklan adsense anda nanti.




Perniagaan Internet #4 - Buat ebook

Tahukah anda seorang nenek, Margie yang menulis ebook tentang
penyakit arthritis(sendi) yang hidapinya dan menjadi jutawan
segera. Beliau menjual ebook tentang cara beliau menyembuhkan
penyakit tersebut dengan harga $40 sebuah dan terjual lebih
210,000 download! (Peh.. lebih RM8.4 juta daripada sebuah ebook!!)

Perlu diingat anda perlu menulis sesuatu ebook yang mampu
menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh orang lain dan
mereka sanggup membayarnya. Antara topik hangat ebook yang
mendapat sambutan diinternet ialah teknik temuduga, buat duit,
pemasaran internet dan banyak lagi.




Perniagaan Internet #3 - Ebay

Bagi mereka yang sudah lama melayari internet tentu ebay sudah
tidak asing lagi. Walaupun ianya agak lama, masih ramai yang
menjalankan perniagaan internet melalui ebay dan mendatangkan
pulangan yang lumayan. Konsep perniagaan ebay agak mudah,
anda beli barang murah dan jual dengan harga untung.

Cara termudah untuk anda memulakan bisnes ebay ialah dengan
melihat disekeliling rumah anda. Sudah tentu ada barang yang
tidak diperlukan tetapi masih elok, dan ini boleh mendatangkan
duit diebay.

Contohnya jual barang terpakai, hadiah perkahwinan yang tak
digunakan, buku-buku lama, barangan sukan lama, jam tangan
lama, pakaian, perfume dan juga barang yang besar seperti kereta
antik dan sebagainya. Untuk melariskan jualan, saya sarankan anda
berikan penghantaran percuma kerana ini boleh meningkatkan jualan.

Jangan terkejut apabila saya beritahu komik \"Superman 1938\"
telah dijual diebay dengan harga
RM3,000,000 (RM3 juta!) wow!!




Perniagaan Internet #2 - Youtube

Youtube adalah laman web ketiga paling ramai pengunjung selepas
facebook dan google. Ideanya disini ialah anda boleh gunakan
pengunjung youtube untuk melawat blog atau website. Sudah tentu
trafik daripada youtube memang ramai dan yang penting sekali ianya percuma!

Pastikan sebelum anda membuat sesuatu video, siapkan blog atau
web dahulu. Dalam video anda boleh letakan link blog anda. Jika
video anda menarik dan unik, ramai yang akan klik link dibawah
video dan terus ke blog anda. Diblog anda boleh gunakan google
adsense untuk buat duit atau membina list untuk produk anda.




Perniagaan Internet #1 - Aplikasi Iphone

Jangan panik apabila saya katakan membina aplikasi iphone boleh
menjadikan anda jutawan segera. Video game Angry Birds menjana
lebih RM30 Juta dalam masa setahun. Dan game Doodle Jump pula menjana
RM36 Juta dalam tempoh yang sama dengan lebih 28,000 download sehari.

Cara termudah untuk membuat aplikasi iphone ialah dengan mengupah
orang lain membuatnyadi o-desk atau elance. Anda buatkan satu
visual game tersebut dengan powerpoint dan programmer boleh
menciptanya untuk anda dengan bayaran minima.

Siapa tahu aplikasi iphone anda bakal meletop seluruh dunia.
Yang penting anda perlukan sedikit kreativiti dan mereka
di elance akan jadikan ianya realiti.

All rite, jangan lupa untuk mulakan salah satu daripada bisnes
internet diatas. Lagi lama anda menunggu... alangkah ruginya.


Read more

Strategi Menjual Secara Online & Offline

Untuk Pemasaran Secara Online:

1. Memasarkannya di Web Bidaan seperti E-Bay.
2. Memasarkannya di Classified web seperti Mudah.my
3. Memasarkannya di forum-forum berkaitan.
4. Memasarkannya di Facebook.
5. Menjualnya di blog anda.


Untuk Pemasaran Secara Offline pula:

1. Mengedarkan katalog produk anda.
2. Menyertai expo-expo untuk pasarkan produk anda.
3. Menjalankan perniagaan secara pos.
4. BerJV dengan butik-butik.
5. Promosikan produk anda di Majalah.


Read more

Rahsia Kekayaan #10: Rahsia Minda Jutawan

Salam Haqiem,

Cuba anda perhatikan kajian statistik yang dikeluarkan
oleh U.S. Department Of Health, Education & Welfare.
(Hampir sama dengan Malaysia)

Pada umur 65 tahun:

- 1 jadi jutawan

- 4 hidup senang

- 5 masih bekerja sebab terpaksa

- 54 hidup dengan bantuan keluarga & kebajikan

- 36 mati

Adus....

Tahukah anda apa yang menyebabkan hanya 1 daripada
100 orang yang benar-benar mampu mencapai kekayaan?

Ianya bergantung kepada MINDA seorang dan disini
saya jelaskan perbezaan antara minda orang kaya dan
orang susah:

#1: Orang kaya percaya "Saya yang mencorakkan hidup saya"
    Orang susah percaya "Semuanya sudah nasib"

#2: Orang kaya berbisnes untuk menang.
    Orang susah berbisnes supaya tak rugi.

#3: Orang kaya komited untuk jadi kaya.
    Orang susah hanya nak kaya.

#4: Orang kaya berfikiran luas & jauh.
    Orang susah berfikiran sempit.

#5: Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang.
    Orang susah lebih tumpukan kepada halangan.

#6: Orang kaya kagum dan mencontohi orang yang berjaya & kaya.
    Orang susah benci dan dengki kepada orang berjaya & kaya.

#7: Orang kaya berkawan dengan orang positif & berjaya.
    Orang susah berkawan dengan orang negatif & gagal.

#8: Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes.
    Orang susah berfikiran negatif tentang jualan & bisnes.

#9: Orang kaya lebih kuat daripada masalah.
    Orang susah lemah dan lembik dengan masalah.

#10: Orang kaya bersedia belajar perkara baru.
     Orang susah menganggap semuanya sudah tahu.

#11: Orang kaya memilih dibayar melalui hasil.
     Orang susah memilih dibayar melalui masa.

#12: Orang kaya buatkan duit berkerja kuat untuknya.
     Orang susah kerja kuat untuk cari duit.

#13: orang kaya bertindak walaupun takut.
     Orang susah biarkan ketakutan untuk tidak bertindak.

#14: Orang kaya pandai uruskan kewangan.
     Orang susah tidak tahu cara uruskan kewangan.


Wow.. banyaknya nak ingat! Ya, saya sendiri masih belajar
dan akan terus belajar untuk mencapai taraf minda jutawan,
saya berharap anda juga berfikiran terbuka untuk buat
perkara yang sama dan cuba fahamkan 14 konsep minda jutawan.

Ingat, "think rich to get rich!"


Read more

Teknik GANDA keuntungan daripada kwsp

Seperti yang sedia maklum, bagi yang bekerja pasti mempunyai simpanan
KWSP, yang tujuan utamanya adalah untuk simpanan hari tua nanti.

Masalahnya, apabila ekonomi gawat, pulangan dividen juga menjunam...

 2005 - 5.0%
 2006 - 5.15%
 2007 - 5.8%
 2008 - 4.5%

Disini saya akan kongsi cara terbaik untuk kita gandakan keuntungan kwsp:

Anda tentu tahu simpanan KWSP anda tidak boleh dikeluarkan, melainkan untuk
tujuan tertentu. Jadi, mungkin pendapat saya ini boleh membantu anda
menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.

"Akaun 1 KWSP"

Anda boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 ke dalam pasaran
amanah saham yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut amanah saham, semua fikir
satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, amanah saham ini ada pelbagai jenis dana.
Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi), balanced (pulangan
seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan rendah/risiko rendah).

Jika anda ini tidak sanggup hadapi risiko kerugian (spt modal berkurangan),
maka nasihat saya pilihlah dana yang konservatif. Pulangan insya-Allah,
boleh dapat hampir setiap tahun kerana kebanyakan pelaburan dibuat kepada
pasaran bon.

"Akaun 2 KWSP"

Jika anda mempunyai pinjaman rumah, gunakan Akaun 2 untuk mengurangkan baki
pinjaman rumah anda. Ini kerana, interest pinjaman rumah adalah sekitar
7%-8%, manakala dividen KWSP hanyalah 4.5%.

Lebih baik anda kurangkan baki pinjaman, dapat jimat interest 7-8% dan
akan memendekkan tempoh pinjaman serta mengurangkan jumlah interest yang
perlu ditanggung secara keseluruhan.

Pengeluaran kedua KWSP untuk pinjaman rumah boleh dibuat setiap 3 tahun
dari pengeluaran pertama. Hanya terhad untuk rumah pertama sahaja.

Bagi mereka yang mempunyai anak di IPT, gunakan Akaun 2 KWSP anda supaya
anda mengurangkan jumlah pinjaman pelajaran yang perlu dibuat. Ada orang
yang membuat pinjaman peribadi di bank tertentu untuk pendidikan anak.

Sesuatu yang anda perlu tahu, jika pinjaman peribadi itu dikira secara
fixed-interest 7.55% setahun, interest sebenar yang dikenakan BUKAN
7.55%, sebaliknya hampir 13% setahun. Ini kerana kadar interest sebenar
dibuat mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate). Jadi, daripada
menanggung hutang pada kadar 13% setahun, adalah lebih baik anda gunakan
simpanan KWSP yang cuma beri 4.25% untuk kos pendidikan anak anda.


Harap tips ini dapat menolong anda ;)


Read more